menu

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday 8 August 2012

Kronologi Akta Pendidikan Negara

KRONOLOGI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA




Sejarah ni den... baco lai jgn x baco... Celik mate lueh2...




Telah dikatakan bahawa Laporan Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:
  1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
  2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
  3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
  4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.

Rentetan Sejarah Akta Pendidikan Negara


Laporan Razak 1956















  • Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

    1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
    2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
    3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.
    4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
    5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
    6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
    7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
    8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
    9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.


    Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961



    • Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: 
    1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

    2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

    3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

    4. Murid naik darjah secara automatik

    5. Pelajaran Agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.

    6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.


    * Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.


    Laporan Hussein Onn (1971)


  • Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:


  •  "Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.(Laporan Hussein Onn, 1971)
  • Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.


  •  Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.(Laporan Hussein Onn, 1971)


  •  Laporan Mahathir (1985)
  • Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
    •  Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.(Laporan Mahathir, 1976)
    Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.

  • Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:
    1. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.
                   b. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi
                       tujuan pendidikan tinggi.



    Akta Pendidikan 1996


    Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.

    Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.


    Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.


    sumber: http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html



    Malas nk cite pnjg ttg Akta Pendidikan 1996 kat sini.... pasai pa????? ti kan kita nk go deeper about this topic later... hihi.. baru blik LONDON.. bese la...

    Ha.. ade yg mguap dah tu.. 



    kat bawah ni plak ape?

    Hubungan Akta Pendidikan 1996 dengan Perkembangan Sejarah Pendidikan Negara


    APer plak beza Akta Pelajaran 1961 dgn Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu ade Laporan2 lain lepas Akta Pelajaran 1961? Apsal x guna AKta Pelajaran 1961 samapi skrg? jom kita tgk ape bezanya..... 

    Perbezaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996


    terjawab dh ke???????????? ke pening lgi? jgn pening2... byk lagi yang kita perlu korek ttg Akta Pendidikan 1996 ni.. x kenal maka x cinta.. kan nk jdi guru.. kena la tau kan... hihi
  • 1 comment:

    Cg. Aslam said...

    hai ada gambar yang kurang jelas, mungkin boleh update kepada yang lebih jelas