menu

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Sunday 12 August 2012

Thursday 9 August 2012

Terima Kasih




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMINJAMKAN PERHATIAN DAN PENDENGARAN ANDA!!! Diharap perkongsian ini membawa seribu manfaat buat kita semua....

ZOOM KPM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Logo Kementerian
Logo Kementerian
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ibu pejabatPutrajaya
Ministers ResponsibleTan Sri Muhyiddin bin Mohammad Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran I

Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran II
Eksekutif agensiDato' Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha

Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Anak agensiInstitut Aminuddin Baki
Tapak web
http://www.moe.gov.my/
Lencana Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebelum tahun 2004, perkataan yang tertera di dalam ialah "Kementerian Pendidikan Malaysia".

Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistempendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negaraMalaysia. Matlamatnya ialah untuk:
  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dengan Menteri terkini merupakan Tan Sri Muhyiddin Yassin


IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996

Implikasi Pengutkuasaan Akta Pendidikan 1996


IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996 KE ATAS SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN


  • FPK menjadi landasan akta
  • sistem pend. dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan
  • kdudukan bhsa kbgsaan diperkukuhkan
  • kurikulum diselaraskan
  • peperiksaan yang sama
  • pendidikan prasekolah diperluaskan
  • mutu pend. prasekolah dipertingkatkan
  • pend. teknik dipertingkatkan di sekolah menengah
  • pendidikan guru diperkukuh
  • pend. swasta berkembang dan menjadi lebih sistematk
  • pend. kahs diberi tumpuan
  • mengmbil kira kepentingan semua kaum
sumber: Noriati et all (2010).



dah tau kesan kan.... yg terakhir sekali adalah rumusan la..... sabar ye.. sikit je lagi... tumpukan perhatian anda......;)


Rumusan Akta Pendidikan 1996

ITU INI BEGITU BEGINI

ITU INI

APA KATA ANDA..MASIH RELEVEN, KURANG RELEVEN ATAU SUDAH TIDAK RELEVEN?? APA HUJAH ANDA??




BEGITU BEGINI
PENDIDIKAN PERCUMA..SEJAUH MANA PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA??



SITU SINI

TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

SECEBIS BINGKISAN AKTA

AKTA PENDIDIKAN

Kandungan Akta Pendidikan 1996


http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf



(kat atas tu adalah link untuk bace Akta Pendidikan 1996 secara keseluruhannya)










Kandungan Akta Pendidikan 1996





(Noriati A. RAshid et all, 2010) apa yang penting dlm akta ni adalah:-


Sistem Pendidikan Kebangsaan

i) Pendidikan Prasekolah
- Program pendidikan bagi murid dari umur empat hingga enam tahun.

ii) Pendidikan Rendah
- Kursus pengajian pada peringkat rendah yang dirancang bagi tempoh enam tahun tetapi boleh ditamatkan dalam tempoh lima hingga tujuh tahun.

iii) Pendidikan Menengah
- Menengah Rendah - kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang telah tamat pendidikan rendah.
- Menengah Tinggi - pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang telh tamat pendidikan menengah rendah.

iv) Pendidikan Lepas Menengah
- Pendidikan yang disediakan selepas seseorang itu tamat pendidikan menengah tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

v) Pendidikan Tinggi
- Pendidikan yang disediakan oleh institut pendidikan tinggi untuk diploma dan ijazah.


Sekolah

Tiga jenis sekolah dlm Sistem Pend. Kebangsaan.

i) Sekolah Kerajaan
- ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kerajaan.

ii) Sekolah Bantuan Kerajaan
- terima modal dan sumbangan bantuan penuh.

iii) Sekolah Swasta
- pembiayaan sepenuhnya oleh pihak persendirian.

Kategori sekolah dlm Sistem Pend. Kebangsaan.

i) Sekolah Kebangsaan
ii) Sekolah Jenis Kebangsaan

Pendidikan Khas
- tempoh untuk murid Pend. Khas tdk boleh krg drpd tempoh minimum pend. rendah dan menengah. 
- kurikulum mematuhi Kurikulum Kebangsaan tetapi fleksible.

Pengajaran Agama Islam
- 5  org atau lebih murid, perlu diberi pgjrn Agma Islam.

Pengajaran Agama Selain Agama Islam
- sesebuah sekolah boleh melaksanakan pengajaran agama selain agama Islam untuk murid tetapi peruntukan tidak boleh dibiayai kerajaan.
- tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianuti kecuali dengan keizinan ibu bapa.

Bahasa Kebangsaan Sebagai Bahasa Pengantar Utama 
- bahasa kbgsaan jadi bhsa pengantar utama di semua institusi pend. kecuali SJK yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana2 institusi pend. yang dikecualikan.
jika bhsa pgntr utma di sesuatu institusi pend adlh selain bhsa kbgsaan, maka bhsa kbgsaan perlu diajar sbg mata pljrn wajib.

Kurikulum Kebangsaan untuk Semua Sekolah
- KK digunakan oleh semua sekolah dlm sistem.
- murid2 perlu menguasai kemahirn, pengetahuan dan nilai di akhir persekolahan.

Peraturan-peraturan Pendidikan

i) Kurikulum Kebangsaan, 1997
ii) Pendidikan Khas, 1997
iii) Penilaian dan Peperiksaan, 1997
iv) Majalah Sekolah dan Bahan Multimedia, 1998
v) Persatuan Sekolah, 1998
vi) Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah Penyimpanan Daftar dan Syarat Pengekalan Murid Belajar di sekolah, 1998


sumber: Guru dan Cabaran Semasa, 2010
             Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah Abdul Majid, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Selangor.




Ciri-ciri Akta Pendidikan 1996

Setelah saya membuar pembacaan dan menjana minda, i-think yang sesuai saya gunakan untuk bahan bacaan saya tersebut adalah buble map... sbnrny bubble map ni lbih sesuai kepada sesuatu yang melibatkan penerangan adjektif atau sifat. jadi, dengan sebolehnyalah syaa menyesuaikannya bacaan saya dengan kesesuaian buble map.. kalo rasa kurang sesuai bgitau ek... same2 perbaiki... hihi...

Ciri-ciri Akta Pendidikan 1996



Wednesday 8 August 2012

Kronologi Akta Pendidikan Negara

KRONOLOGI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA




Sejarah ni den... baco lai jgn x baco... Celik mate lueh2...




Telah dikatakan bahawa Laporan Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:
  1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
  2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
  3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
  4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.

Rentetan Sejarah Akta Pendidikan Negara


Laporan Razak 1956















  • Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

    1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.
    2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
    3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.
    4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
    5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
    6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
    7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
    8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
    9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.


    Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961



    • Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah: 
    1. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

    2. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

    3. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

    4. Murid naik darjah secara automatik

    5. Pelajaran Agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.

    6. Pendidikan akhlak dititikberatkan.


    * Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.


    Laporan Hussein Onn (1971)


  • Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:


  •  "Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.(Laporan Hussein Onn, 1971)
  • Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.


  •  Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.(Laporan Hussein Onn, 1971)


  •  Laporan Mahathir (1985)
  • Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
    •  Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.(Laporan Mahathir, 1976)
    Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.

  • Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:
    1. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya.
                   b. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi
                       tujuan pendidikan tinggi.



    Akta Pendidikan 1996


    Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.

    Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.


    Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan.


    sumber: http://yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html



    Malas nk cite pnjg ttg Akta Pendidikan 1996 kat sini.... pasai pa????? ti kan kita nk go deeper about this topic later... hihi.. baru blik LONDON.. bese la...

    Ha.. ade yg mguap dah tu.. 



    kat bawah ni plak ape?

    Hubungan Akta Pendidikan 1996 dengan Perkembangan Sejarah Pendidikan Negara


    APer plak beza Akta Pelajaran 1961 dgn Akta Pendidikan 1996? Kenapa perlu ade Laporan2 lain lepas Akta Pelajaran 1961? Apsal x guna AKta Pelajaran 1961 samapi skrg? jom kita tgk ape bezanya..... 

    Perbezaan Akta Pelajaran 1961 dengan Akta Pendidikan 1996


    terjawab dh ke???????????? ke pening lgi? jgn pening2... byk lagi yang kita perlu korek ttg Akta Pendidikan 1996 ni.. x kenal maka x cinta.. kan nk jdi guru.. kena la tau kan... hihi
  • APLIKASI I-THINK UNTUK P&P BM

    APLIKASI I-THINK UNTUK P&P BM

     Brace Map : Jenis Pencemaran Alam Sekitar


    Multi Flow Map : Punca dan Kesan Pencemaran Udara



    Circle Map : Mengeja perkataan yang bermula dari huruf L



    Bridge Map : Warna 


    Bubble Map : Menerangkan sifat Azura 



    Flow Map: Bercerita tentang pengalaman bercuti bersama keluarga di Melaka



    Double Bubble Map: Huruf besar dan huruf kecil abjad a hingga d




    Tree Map: Bercerita tentang salasilah keluarga

    Tuesday 7 August 2012

    REFLEKSI 19 RAMADHAN



    Hari ni da masuk hari ke-19 dalam bulan Ramadhan..Syukur Alhamdulillah..Allah still bagi nafas untuk terus hidup..Terima kasih Allah kerana bagi peluang yang banyak untuk kita beribadat..banyak ja ibadat yang boleh dibuat sama ada ibadat khusus ataupun ibadat umum..Ibadat khusus ni ibadat yang ditetapkan cara dia dan tidak harus diubah dan ditokok tambah. Contoh dia solat, haji dan sebagainya. Ibadat umum pulak ialah ibadat yang menepati dua matlamat utama iaitu niat yang ikhlas kerana Allah dan matlamat yang mulia iaitu mencari keredhan Allah. Apa-apa ja kebaikan yang dilakukan yang diniatkan kerana Allah..Kita yang wanita ni, kalao Allah da bgi rehat tu jgnla kcewa sbb xleh nk wat ibadat2 khusus, kita still ley buat ibadat2 umum..zikir, sedekah semua tu kan still ley buat..janganla pulak kita anggap kalo da dapat ABC, jiwa pun cuti daripada menghubungi Allah..rugi sangat2 tue..so, pasni jom sama2 ubah..rebut setiap peluang yang masih ada dlm bulan mulia penuh berkat ni..pahala yang Allah janjikan berganda2, Insyaallah..mudah2an sgla amalan Allah terima dan Allah redho..Amiin



    SEDEKAH JARIAH..SAHAM BESAR DI AKHIRAT..mudah2an..Amiin

    SePIntAs LAlu

    Apa sebenarnya Akta Pendidikan 1996 ni? knpa perlu wujudnya akta ni? Asal dengar akta je kepala dah serabut ek.... macam2 persoalan yg timbul di benak fikiran... same cam Akta 174 ke? haaa.. tau takut.. cuak le tu...... hihi.... 

    jom kita tgk kat circle map kat bawah ni... lgi sng nk phm kot....




    Konsep Akta Pendidikan 1996







    Haa.... dh trjawab semua persoalan di minda???? kat bawah ni plak ade maklumat tmbhn ttg tujuan Akta Pendidikan 1996.... tengok le.. tengok le... tengok le... tengok le.. tengok le... tengok le.. tengok le... tengok le.... tengok le....






    Mengapa Mesti Bersangka Baik




    alt
    Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
    Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
    Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.
    Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
    Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
    Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
    Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
    Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!
    "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
    (Surah al-Hujurat, ayat 12)
    "Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
    "Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
    "Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
    "Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
    "Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."
    Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
    Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
    Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
    Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
    Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

    Penulis
    Rabiatul Fatimah Azzahra binti Rashid sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Bahasa Arab. Beliau berkongsi karya di http://syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/

    Monday 6 August 2012

    SUARA PARLIMEN


    SUARA 1


    KURIKULUM TRANSFORMASI

    - MELAHIRKAN MURID YANG BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN TINGGI UNTUK MENGISI KEPERLUAN NEGARA, BERKEPERIBADIAN MULIA DAN MEMILIKI JATI DIRI SERTA KETAHANAN YANG KUAT UNTUK BERHADAPAN DENGAN PERSEKITARAN DUNIA GLOBAL.


    SUARA 2




    PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA MELALUI
    BENCHMARK ANTARABANGSA? CUBA NYATAKAN SALAH SATU BIDANG DALAM PENDIDIKAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN.

    SUARA 3


    DIMENSI KEJAYAAN BUKAN SAHAJA PERLU DIUKUR DARI BIDANG AKADEMIK SEMATA-MATA TETAPI MENUNTUT PENGLIBATAN KEJAYAAN DALAM BIDANG TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

    HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN





    PEMBINAAN INSAN YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI






    SISTEM SATU ALIRAN

     APAKAH SIGNIFIKAN PELAKSANAAN SISTEM PEMBELAJARAN SATU ALIRAN?


    BAGAIMANA PULA DENGAN HALANGAN YANG WUJUD? APAKAH HALANGAN-HALANGAN TERSEBUT? CUBA RUNGKAIKAN.



    Kenali Kami

    Siapa Mad Sab ni? Nama macam familiar je... haaa.. jom kita siasat... wink wink...;)




    Nama : Siti Sabariah binti Mat Isa

    Kg. Halaman : Jitra, Kedah




    Comel x saye??? hihi.... 










    Nama : Raja Asmad binti Raja Semail

    Kg. Halaman : Tanah Merah, Kelantan




    kilauan mate bak kace....... hihi



    Sunday 5 August 2012

    Akta Pendidikan 1996


    Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada.
    Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan


    http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996

    Thursday 2 August 2012

    APLIKASI I-THINK UNTUK AKTA PENDIDIKAN 1996



    Flow Map: Kronologi Pembentukan Akta Pendidikan 1996

     Brace Map: Kandungan Akta Pendidikan 1996

    Circle Map: Konsep Akta Pendidikan 1996

    Multi- Flow Map: Punca dan Kesan Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996

    Bubble Map: Ciri-ciri Akta Pendidikan Akta 1996


    Double-Bubble Map: Perbezaan Antara Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996
    Bridge Map: Hubungan Akta Pendidikan 1996 dengan Sejarah Pendidikan Negara


    Tree Map: Rumusan Akta Pendidikan 1996


    Sumber : jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta pendidikan 1996.pd
                  yik.itgo.com/text/AktaPendidikan.html
    Syed Ismail & Mohd Subki. 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
    Noriati A. Rashid et al. 2010. Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.